Monday, July 18, 2011

Frasa Bahasa Melayu

Assalamualaikum,
hari ini aku dgn tidak sengajanya terrajin na update blog dan ingin berkongsi ilmu sikit dengan kauorg semua. hee baik tak :p Aku mahu kongsi beberapa frasa atau ayat Bahasa Melayu yang dramatis, boleh diguna pakai dalam karangan kauorg ehh. *ini untuk pelajar-pelajar sekolah la, pelajar SPM khususnya :) Sebab dalam karangan sebaiknya kita guna perkataan yang bombastik atau sinonim yg lebih menarik utk mendapat markah lebih hee. Jadi sudah ready? HAHA jom mula.
  1. Marcapada - pada zaman/hari ini
  2. Darsawarsa - dekad ini
  3. kehidupan yang bertunjangkan - kehidupan yang berasaskan
  4. generasi alaf baru - generasi sekarang
  5. persis peribahasa - seperti peribahasa
  6. kualiti hidup yang optimum - kualiti hidup yang tinggi/terbaik
  7. hidup sandar-menyandar - saling membantu
  8. arus kemodenan utama - kemajuan
  9. hidup berkonsepkan - hidup bertemakan/berasaskan
  10. meniti dari bibir ke bibir - disebarkan/buah mulut
  11. kemaslahatan - kepentingan
  12. ciri signifikan - ciri yang ketara
  13. menghidupsuburkan - menghidupkan sesuatu amalan dgn baik
  14. proaktif dan prakmatik - tangkas
  15. tidak dapat disangkal - tidak boleh dinafikan
  16. lubuk kalbu - perasaan
  17. Dengan erti kata lain , - kesimpulan
  18. tenda - khemah
  19. Pendek kata, - kesimpulan
  20. Hal ini demikian kerana - *takboleh mula ayat dgn "Ini kerana" sahaja
  21. menggembleng tenaga - bekerja bersungguh-sungguh
  22. menjalin tali ukhwah - silaturahim
  23. menjadi sebati/menjadi darah daging - kebiasaan
  24. mewujudkan integrasi kaum - perpaduan/penyatuan kaum
  25. agenda kehidupan - perihal hidup
  26. menikmati kebahagiaan - berasa bahagia
  27. di tanah tumpah darah - tempat lahir
  28. bunga-bunga kesejahteraan akan mekar - contoh metafora
  29. tempat pojok - penjuru
  30. Sebagai intiha - kesimpulan
Sudah tamat :)
Saya bertujuan berkongsi ilmu di samping mengulang kaji pelajaran. Sama-samalah kita mengusai Bahasa Melayu okay? heee bye!

No comments:

Post a Comment