Monday, July 2, 2012

España


Assalamualaikum.

Puas mata menahan ngantuk dari jam 12 malam sehingga jam 2.30 pagi hanya untuk menyaksikan debaran malam final Euro 2012. Perlawanan antara Spain dan Italy. Walaupun kedua-duanya bukan pasukan pilihan, aku cukup eager untuk ketahui siapa pemenangnya. Terasa ingin menyokong Spain gara-gara ranking nya di tempat pertama dalam ranking pasukan bola sepak dunia. Namun teringat juga di saat Spain mengalahkan pasukanku, Portugal tempoh hari. Geram tu masih ada tp aku tidak berminat terhadap Italy walaupun Safwan menyokong Italy berbanding Spain. Entah, betul aku confuse nak sorak untuk siapa malam tadi.

Tepat jam 2.30 pagi tadi, aku, Afi dan kak long turun ke anjung untuk menyaksikan perlawanan itu secara live. Dah semangat mengambil tempat duduk yang cantik di hadapan tv. Tiba-tiba datang sorang brader ni lalu dia berkata, "Maaf ye awak, tp dah keluar arahan daripada Ustaz yg budak-budak perempuan tak boleh tengok bola malam malam macam ni. Maaf sangat sangat ye."

WHAT THE HELLLLLLLLLLLL ?????!!

Sumpah geram gila dengar diaorg semua bersorak dari bilik! Ustaz tak adil langsung! :'( Tak dpt saksikan perlawanan malam td. Hanya dapat roger dari seorang sahabat yg menyaksikan perlawanan itu. Dia terpaksa menjadi pengulas kepada aku malam td :( Terima kasih pengulas. Dan tahniah Spain yg dah belasah Italy 4-0. Huahuahua :D

Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment