Friday, February 10, 2012

Cinta Tv 3

Assalamualaikum.

Aku menerima ilham dari sahabat Rudy Ramly berkaitan Ayat Romantik Zaman Modern kelmarin. Beliau menyatakan bahawa

" Cinta itu ibarat iklan di tv3. Biarpun lama, aku setia menunggu. "


Benar? Sangat.

Itu ceritanya mengenai sang pencinta yang setia. Cuba toleh dan lihat dari satu persepsi yang berbeza.

Jika sedang iklan di tv3, si dia pun menukar ke channel lain sementara menunggu. Kemungkinan rancangan-rancangan di channel lain bosan belaka lalu dia kembali ke tv3 dan teruskan menunggu. Maksudnya, ya mungkin dia setia.

Berkemungkinan juga si dia menukar saluran ke ntv7 , 8tv, tv9 atau barang kali ke mana-mana saluran astro lalu dia melihat sebuah rancangan yang jauh lebih menarik lalu terpaku di hadapan tv menyaksikan rancangan itu. Alangkah bertuahnya jika dia tersedar lalu kembali ke tv3 dan masih sempat menyaksikan rancangan tadi dan menamatkannya dengan sempurna. Namun bagaimana jika si dia kembali ke tv3 dan rancangannya tadi telah tamat?

Ya, cinta itu tidak semudah yang disangka kerana terdapat dua hati yang berbeza di dalamnya.

Sekian.

No comments:

Post a Comment