Monday, October 31, 2011

Frazzle

Babyblog,

Bermula pada jam 6 pagi bangun tidur dan pergi ke sekolah sehingga tamat persekolahan pada jam 1 petang. Berhenti makan berehat dan kemudian sambung small group Chemistry pada jam 2 petang bersama cikgu Zam, El, and Fiy yang tamat pada jam 4 petang. Selepas itu, jalan kaki dari sekolah untuk pergi ke masjid Muadz dalam keadaan hujan lebat dan basah kuyup! sbb ada seminar spm pula d situ bermula jam 5 petang sehingga jam 7.15 malam. Otw balik, singgah kedai dulu beli makan malam untuk adik-adik yg kebuluran di rumah, macam aku juga sbb tak makan dr pagi tu. Then balik rumah terus melantak makan walaupun tengah wangi sangat :p Then baru lah sibuk nak mandi. Selesai tu terus kena kemas rumah yang telah disepahkan oleh adik-adik yang bertuah ni. Basuh baju, sidai baju, lipat baju, menyapu, kemas dapur, kemas bilik dan macam macam lagi! yes mmg sedap. jam 9 baru dapat baring d sofa tu. Ya Tuhan leganya rasaaaaaaaaa! Tp sempat lagi na update blog kejap kan walaupun penat :/ Ya, walau mcmana penat pun mmg kena lawan lah. Sepanjang bulan ni sampai lepas spm. Lagi sebulan je, takpe. Lepas ni memang nak honeymoon habis habis ;> Tunggu lah saat tu tiba nanti hehe :3

No comments:

Post a Comment