Monday, October 10, 2011

For real .

Babyblog,

Tiba-tiba harini aku terfikir. Aku serious dalam pelajaran dan mencapai cita-cita aku. Entah, nampak mcm skema kot pada kebanyakan orang baya aku. Tapi itulah realiti nya. Aku nak belajar sungguh-sungguh dan melanjutkan pelajaran ke Universiti. Lepastu aku nak cari pekerjaan yang boleh menjamin masa depan aku. Aku nak cari duit banyak-banyak dan bahagiakan mak ayah aku. Itu yang penting. Sekarang hidup aku tak lah senang mana, sederhana saja. Aku kesian tengok mak ayah aku kerja siang malam cari duit untuk kami sekeluarga. So, bila aku dah besar nanti aku nak jadi kaya supaya mak ayah aku boleh hidup senang. Aku nak bawa mereka pergi haji dan umrah. Aku nak bawa mak aku duduk di rumah yang besar, lengkap dan selesa. Aku nak belikan ayah aku kereta Honda City sebab dia kata dia suka kereta tu hee. Aku betul betul nak bahagiakan parents aku tu selagi aku boleh. Dan aku mahu adik-adik aku hidup senang, bukan macam aku. Aku nak jaga mereka :) Hal kahwin semua, hm nantilah. Selagi aku tak capai impian aku ni, aku rasa aku belum mahu kahwin lagi. Aku nak capai impian aku dulu. Tolong doakan aku ya. Terima kasih :)

No comments:

Post a Comment